KEROPOK LEKOR
500 gm ikan selayang/parang
500 gm tepung sagu
garam secukupnya
sedikit kiub ais
Cara;
1. Ambil isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini.
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang
kenyal [kental].
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
6. Gelekkan supaya menjadi saperti sebatang kayu.
7. Jerang air hingga men-didih dan masukkan keropok ke dalamnya.
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
8. Biar sejuk sebelum dipotong pendek dan digoreng di dalam minyak panas.
cili sos versi kak liza..
1 kg cili mesin [yg dijual kat kedai]
1 kg gula pasir
1 botol besar cuka [Tganu punya]
masakkan sampai gula tu hancur dan mendideh sekejap..
kak liza tak masukkan asam jawa sbb saasam jawa tu tentu diperahkan dgn air..ini akan membuat cili sos tu nanti bercendawan..tak boleh tahan lama..
cili ni boleh dimakan ngan keropok lekor..keropok keping..