Bahan Roti
1 kg tepung gandum )
2 paket yeast..mauripan )
200 gm gula kastor/halus ) Gaul rata
4 s/b susu tepung )
Secubit garam )
2 biji telur
500ml air suam
3 s/b susu pekat
3 s/b shortening
3 s/b butter
30 biji sosej
Bahan Glaze/Kilat
3 biji kuning telur
..)
3 s/b susu segar
.) Kacau rata
Sedikit bijan yang telah di goreng tanpa minyak
CARA MEMBUAT ROTI:
1. Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata
selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda.
(anggaran 30 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angina keluar.
5. Ambil adunan sedikit dan bulatkan, kemudian digelek supaya
menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej.
6. Sapukan dengan bahan glaze dan taburkan sedikit bijan.
7. Biarkan adunan ini naik semula (15 20 minit ).
8. Bakar dalam suhu 200 C sehingga masak keemasan (20 25 minit).
Posted at 09:57 pm by hanieliza
Permalink
Kak liza selalu masakkan untuk anak2 jika mereka jemu makan nasi putih...
disamping ianya rengkas..tetapi penuh ngan nutrition...
sesuai ngan tumbesaran kanak2...
Nasi dhall
5 cawan beras bathmati
6 cawan air biasa
1/2 cawan susu cair
3 s/b minyak sapi
2 s/b minyak
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang kecil ] kisar kasar
5 ulas bawang putih ]
3 cm halia ]
rempah tumis bunga lawang, kulit kayu manis,
buah pelaga & bunga cengkih
1 cawan kacang dhal [basuh dan rendam air panas]
3 helai daun pandan - disimpul
daun sup - mayang kasar.
garam
½ cawan kacang gajus goring ]hiasan
bawang goring ]
CARA MASAK:
1. Panaskan miyak dan minyak sapi dalam bekas
periuk nasi eletrik [Rice Cooker]. Tumiskan bahan tumis dan
daun pandan dan masukkan pula bahan kisar. Biarkan sehingga wangi.
2. Masukkan beras, air, susu cair, daun sup, garam dan kacang dhal.
Pindahkan peiuk kedalam Rice Cooker. Masak saperti nasi biasa.
3. Bila telah kering, kacau dan hidangkan.
Hiaskan dengan kacang gajus dan bawang goreng.
4. Hidang nasi dengan ayam goreng dan gulai daging + kentang...


kari daging

Posted at 07:03 pm by hanieliza
Permalink
KERABU DAUN SELOM DAN ULAM RAJA
Bahan
1 ikat daun selom
1 ikat daun ulam raja
2 labu bawang besar
[semua ni dibersihkan dan dimayang halus]
5 biji cili merah
5 biji cili api
sedikit belacan
udang kering
[semuanya ditumbuk halus]
1 cawan kelapa parut [muda]
air asam limau nipis
gula dan garam secukupnya
Cara:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar
dan rasakan masin dan manisnya.
Posted at 07:01 pm by hanieliza
Permalink

Apa kata kali ni kita cuba buat sallad yang rengkas ..
boleh dihidangkan bersama nasi putih..
nasi minyak atau nasi tomato juga...
Salad Telur
bahan
telur rebus [potong slice]
daun salad hijau [potong kecil]
tomato [potong bulat]
timun [potong bulat]
Semua bahan disusunkan dalam pinggan hidang
yg bujur/besar dan tuangkan kuah sos.
Kuah sos
tomato sos
cili sos
sikit minyak jagung
Cara...gaulkan bahan ini dan rasakan masinnya

Posted at 06:59 pm by hanieliza
Permalink
Bahan
1 kg beras bathmati
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ]-dihiris
3 cm halia ]
2 helai daun pandan..koyak & simpulkan
3 tangkai daun kari
5 gm kulit kayu manis
3 gm bunga lawang
3 gm cengkih
3 gm pelaga
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato..cincang kecil
1 liter air
2 s/b minyak sapi
bawang goreng
kismis
bawang-dihiris halus
Cara Membuat
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan susu, daun kari, daun pandan dan air secukupnya.
4. Masukkan beras & tomato dan biarkan sehingga kering dan masak.
5. Untuk menghidang, hiaskan dengan bawang goreng, kismis dan daun bawang.
DALCA
Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..
dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa
Cara:
1. Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan bersihkan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup.
Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan
AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..
bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos
kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan
bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas,
bawang besar, garam, gula dan serbuk
perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
Posted at 06:54 pm by hanieliza
Permalink
Puding Kacang Merah Sos Coklat

puding ni sedap dan menarik...
bolehlah dihidangkan juga pada tetamu yg berkunjung
masa cuti sekolah ni...
bahan
20 gm agar-agar
2 biji telur
1/2 tin susu cair
5 gelas air
2 s/b mentega
3 s/b tepung kastad
200 gm kacang merah [ rebus empuk dan kisar halus]
300 gm gula esen vanilla
Buah campur [fruit cocktail.]
Cara
1. Rebus agar2 sampai larut .
2. Masukkan mentega, susu cair, telura, kastad dan
kacang merah dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan kedalam agar2 dan campurkan esen vanilla.
Biarkan mendideh sekejap.
4. Tuangkan adunan dalam acuan kecil dan bekukan.
5. Hidangkan bersama buah campur dan sos coklat.
Sos Coklat
Bahan
300 gm cooking coklat
1/2 cawan susu cair
2 s/b gula
1 s/b mentega
cara
1. Panaskan susu dan gula. Tutupkan api.
2. Masukkan cooking coklat dan akacau rata
sampai coklat hancur dan larut
3. Masukkan mentega dan kacau lagi sehingga mentega larut.
4. Tuangkan sos keatas puding semasa menghidang.
5. Hiaskan dengan buah campur.
Posted at 06:51 pm by hanieliza
Permalink
seronoknya kalau masa panas dapat makan sundae...
sejuk jer lidah tu...a
kak liza cukup seronok serve sundae ni...
Bahan
1 skop ice cream vanilla
1 skop ice cream coklat
1 skop ice cream strawberry
1 biji pisang [emas/berangan/montel] dibelah 2 memanjang
whipping crean
coklat rice
any nuts[hazel/cashew/almond] chunky
kismis
ice cream topping [any flavour]
Cara.
1. Ambil cawan berkaki [khas untuk ice cream] dan susunkan icream.
2. Letakkan pisang memanjang dan tuangkan ice cream topping.
3. Pamkan whipping cream atas ice cream.
4. Tuangkan ice crean topping diatas whipping cream.
5. Taburkan kismis,coklat rice dan nuts diatas ice cream topping.
6. Hidangkan.
Posted at 06:47 pm by hanieliza
Permalink
Udang Masak Lemak Ciliapi
bahan
1 kg udang besar or udang galah
15 biji cili api ]
3 ulas bawang merah ] mesin halus
1 biji buah keras ]
1 inci kunyit hidup ]
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
3 biji buah tomato [belah 4]
garam
Cara:
1. Masukkan ssemua bahan kecuali buah tomato dan
biarkan reneh sehingga mendideh.
2. Bila telah mendideh masukkan buah tomato
dan rasakan garamnya.
3. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.
NOTA:
Buah tomato bolih juga digantikan dengan nenas atau
belimbing buluh.
Jika hendak lebih pedas..lebihkan ciliapi sikit.

Posted at 06:38 pm by hanieliza
Permalink
Bebaru ni kak liza buat masakan ni...
dicicah dengan air asam mangga cincang..
pergh....sedap gitu...
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 senduk minyak masak
1/2 cawan kecil air asam jawa
2 s/b gula
garam
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
10 biji cili hijau
1 senduk cili boh atau cili serbuk
Cara:
1. Ikan siakap dibersihkan dan ditoskan.
2. Sapukan sedikit minyak supaya tidak garing
semasa dibakar.
3. Panaskan minyak, tumis cili boh hingga naik baunya.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi
hingga terbit minyaknya.
5. Masukkan air diikuti dengan air asam jawa,
gula dan garam.
6. Setelah mendidih dan pekat, baru diangkat.
7. Tuangkan ke atas ikan tadi.
8. Hidangkan bersama nasi putih
Posted at 06:37 pm by hanieliza
Permalink
Urap
Bila kak liza buat makan ala pot-luck...
kak liza selalu buat kerabu or urap...
salah satunya kak liza suka buat urap ni...
bahan
1 btg lobak merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [mayang halus]
200 gm taugeh [bersihkan kakinya & celurkan]
500 gm kerang [rebus dan ambil isinya]
bahan Sambal..
5 biji cili merah
5 biji cili padi
5 ulas bawang kecil
1/2 biji kelapa parut [goreng sikit]
3 biji limau nipis [ambil airr]
gula
garam
Cara.
1. Gaulkan semua bahan dalam magkuk.
2. Masukkan air limau.gula dan garam.
3. Masukkan isi kerang dan gaul rata.
4. Hidangkan bersama nasi putih.

Posted at 06:17 pm by hanieliza
Permalink