
Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae.
Ia sejenis tumbuhan tempatan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.
Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi.
Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka.
Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam.
Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk.
Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang.
Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.
catitan di dapati dari
http://www.arcbc.org
kak liza ada tanam pokok belimbing ni...
pokoknya taklah besar sangat tapi tak berhenti berbuah...
seronok tenguk buahnya...
kekadang sayang tenguk buahnya jatuh ketanah..
tapi akhirnya bercambah dan kak liza berikan anak2 benih tu
pada kawan yg nak tanam...
buah yg jatuh tu boleh juga dibuat sebagai basuhan ikan atau ayam..
gantikan limau..
mengenai buahnya selalunya kak liza buat kering..
boleh dibuat acar buat stail utara...
kalau dah tak larat nak buat kering..
kak liza selalu bagi saja pada orang untuk dijual pasar tani
or kawan2 yg pandai masak buah ni...
oleh kerana pokok belimbing kak liza tak berhenti berbuah...
so banyklah masakan kak liza yg gunakan belimbing...
antara nya..
masak lemak cili api ikan/danging.ayam/perut...
asam pedas ikan/daging...
kalau dah malas sangat tu..buat air asam buah belimbing...
buat jus tu ada gak tapi kena telan skali gus..masam kelat...
buat kerabu...
Kerabu Belimbing
Bahan-Bahan:
buah belimbing buluh..ikut suka...lagi banyak lagi masam..
2 biji bawang besar ] dimayang
1 pokok daun bawang ]
1/2 cawan pati santan
udang kering ]
1 inci belacan ] ditumbuk
2 biji cili merah ]
5 biji ciliapi ]
Sedikit garam
secubit gula..untuk seimbangkan masam buah belimbing
Cara:
1. Belimbing dihiriskan kecil dan dibasuh dengan sedikit air garam
kemudian ditoskan.
2. Gaulkan semua bahan-bahan dedalam sebuah mangkuk.
3. Tuangkan santan dan gaul rata-rata.
4. Rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan ikan bakar...nyum..nyummm

memang kak liza cukup suka ngan buah belimbing ni..masak lemak..masak kari..masak asam pedas pun masuk..
ada jugak orang buat daun belimbing ni sebagai mandian untuk turun tahap kekuningan anak kecil yg baru lahir tu jika terkena penyakit kuning...

Posted at 07:48 pm by hanieliza
Permalink