Monday, July 26, 2004
Puding Kacang Merah Sos Coklat




puding ni sedap dan menarik...
bolehlah dihidangkan juga pada tetamu yg berkunjung
masa cuti sekolah ni...

bahan
20 gm agar-agar
2 biji telur
1/2 tin susu cair
5 gelas air
2 s/b mentega
3 s/b tepung kastad
200 gm kacang merah [ rebus empuk dan kisar halus]
300 gm gula esen vanilla
Buah campur [fruit cocktail.]

Cara
1. Rebus agar2 sampai larut .
2. Masukkan mentega, susu cair, telura, kastad dan
kacang merah dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan kedalam agar2 dan campurkan esen vanilla.
Biarkan mendideh sekejap.
4. Tuangkan adunan dalam acuan kecil dan bekukan.
5. Hidangkan bersama buah campur dan sos coklat.

Sos Coklat

Bahan
300 gm cooking coklat
1/2 cawan susu cair
2 s/b gula
1 s/b mentega

cara
1. Panaskan susu dan gula. Tutupkan api.
2. Masukkan cooking coklat dan akacau rata
sampai coklat hancur dan larut
3. Masukkan mentega dan kacau lagi sehingga mentega larut.
4. Tuangkan sos keatas puding semasa menghidang.
5. Hiaskan dengan buah campur.


Posted at 06:51 pm by hanieliza
Comment (1)  

SUNDAE..ICE-CREAM

seronoknya kalau masa panas dapat makan sundae...
sejuk jer lidah tu...a
kak liza cukup seronok serve sundae ni...



Bahan
1 skop ice cream vanilla
1 skop ice cream coklat
1 skop ice cream strawberry
1 biji pisang [emas/berangan/montel] dibelah 2 memanjang
whipping crean
coklat rice
any nuts[hazel/cashew/almond] chunky
kismis
ice cream topping [any flavour]

Cara.
1. Ambil cawan berkaki [khas untuk ice cream] dan susunkan icream.
2. Letakkan pisang memanjang dan tuangkan ice cream topping.
3. Pamkan whipping cream atas ice cream.
4. Tuangkan ice crean topping diatas whipping cream.
5.  Taburkan kismis,coklat rice dan nuts diatas ice cream topping.
6.  Hidangkan.


                               

Posted at 06:47 pm by hanieliza
Comment (1)  

Udang Masak Lemak Ciliapi

bahan
1 kg udang besar or udang galah
15 biji cili api                ]
3 ulas bawang merah    ] mesin halus
1 biji buah keras           ]
1 inci kunyit hidup        ]
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
3 biji buah tomato [belah 4]
garam

Cara:
1. Masukkan ssemua bahan kecuali buah tomato dan
biarkan reneh sehingga mendideh.
2. Bila telah mendideh masukkan buah tomato
dan rasakan garamnya.
3. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

NOTA:
Buah tomato bolih juga digantikan dengan nenas atau
belimbing buluh.
Jika hendak lebih pedas..lebihkan ciliapi sikit.


    

Posted at 06:38 pm by hanieliza
Make a comment  

Ikan Siakap Bakar


     


Bebaru ni kak liza buat masakan ni...
dicicah dengan air asam mangga cincang..
pergh....sedap gitu...

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 senduk minyak masak
1/2 cawan kecil air asam jawa
2 s/b gula
garam

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
10 biji cili hijau
1 senduk cili boh atau cili serbuk

Cara:
1. Ikan siakap dibersihkan dan ditoskan.
2. Sapukan sedikit minyak supaya tidak garing
semasa dibakar.
3. Panaskan minyak, tumis cili boh hingga naik baunya.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi
hingga terbit minyaknya.
5. Masukkan air diikuti dengan air asam jawa,
gula dan garam.
6. Setelah mendidih dan pekat, baru diangkat.
7. Tuangkan ke atas ikan tadi.
8. Hidangkan bersama nasi putih

    


 

Posted at 06:37 pm by hanieliza
Make a comment  

URAP

Urap

Bila kak liza buat makan ala pot-luck...
kak liza selalu buat kerabu or urap...
salah satunya kak liza suka buat urap ni...

bahan
1 btg lobak merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [mayang halus]
200 gm taugeh [bersihkan kakinya & celurkan]
500 gm kerang [rebus dan ambil isinya]

bahan Sambal..
5 biji cili merah
5 biji cili padi
5 ulas bawang kecil
1/2 biji kelapa  parut [goreng sikit]
3 biji limau nipis [ambil airr]
gula
garam

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dalam magkuk.
2. Masukkan air limau.gula dan garam.
3. Masukkan isi kerang dan gaul rata.
4. Hidangkan bersama nasi putih.


Posted at 06:17 pm by hanieliza
Make a comment  

Kueh Kole Kacang

Masa bulan posa kak liza suka buat kueh ni..
pastu bagi kat jiran2..
kekadang depa balas balik..
waaa..memacam kueh ada atas meja...

bahan2
200 gm tepung kacang hijau
150 gm gula
80 gm gula merah
750 ml santan cair
250 ml santan pekat

250 ml santan pekat[jadikan tahi minyak..
masak sehingga naik minyak dan berketul2]

Cara..
1. Gaulkan semua bahan dan masakkan sehingga
adunan pekat dan berkilat.
2. Tuangkan adunan ini dalam loyang dan sejukkan
3. Taburkan tahi minyak keatas kueh.
4. Potong kueh ikut suka dan hidangkan.

Posted at 06:16 pm by hanieliza
Make a comment  

KERABU PERUT BERSANTAN

kak liza memang suka kerabu perut ni...
cuma bila mengenagkan kaleestrol tinggi [perut n santan]
tu maka hanya buat sekali sekala or jika kelarga ramai berkunjung..
makan reramai ni..memang sedap...

Kerabu Perut  

Bahan-Bahan:
10 tangkai kacang panjang(dipotong kecil/pendek2])
1 mangkuk  tauge [bersihkan kakinya]
500 gm perut lembu[rebus sehingga lembut & hiris ]
½ biji kelapa(buat kerisik)
3 batang serai [mayang halus]
2 labu bawang besar[mayang]
1/2 cawan santan pekat
2 biji limau nipis [ambil air saja]
garam
gula


bahan tumbuk...
2 s/b udang kering
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah

Cara:
1. Perut lembu dibersihkan, direbus & dipotong memanjang & kecil-kecil.
2. Taugeh dan kacang panjang dicelur lembut.
3. Bawang putih & merah, serai, udang kering & cili padi
ditumbuk hingga halus.
4. Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik.
5. Masukkan perut lembu, bawang besar, kacang panjang & tauge.
6. Perahkan limau nipis, tambahkan garam & gula, gaul hingga
kesemua bahan sama rata.
7. Hidangkan bersama nasi putih.


Posted at 06:15 pm by hanieliza
Make a comment  

AYAM PAPRIK

BAHAN-BAHAN
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api,[diketuk]
3 ulas bawang merah[dimayang halus ]
2 ulas bawang putih[dimayang ]
1/2 btg serai [dihiris]
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang [dipotong  serong]
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
daun limau purut[ koyakkan]

CARA-CARA
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila kekuningan, masukkan cili api.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air
3. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging dan
daun limau purut.
4. Biarkan ayam lembut.
5. Hidangkan ngan nasi putih.


                                                                          
       

ini satu lagi cara masak paprik....

Sayur dan Ayam Masak Paprik

Bahan-Bahan:
500 gm ayam [dipotong kecil ]
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
3 helai daun limau purut [koyakkan]
2 biji bawang merah ]
2 ulas bawang putih ]cincang halus
2 inci halia               ]
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili

Cara:
1. Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar hingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap  dan biar sebentar.
4. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran.
Biarkan hingga masak.
5. Masukkan daun limau purut untuk baunya.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


Posted at 05:58 pm by hanieliza
Make a comment  

Nasi Goreng Kerabu





Nasi Goreng Kerabu

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili api-ditumbuk
100 gm Isi ayam dipotong kecil
100 gm udang
100 gm Ikan bilis goreng
1 batang serai
1 batang bungan kantan
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut                  
5 batang kacang panjang
5 batang kacang botol
5 putik jagung muda
1 batang lobak merah kecil- potong dadu
sedikit garam
minyak
sos ikan/nampla

Cara:
1.  Mayang halus bahan sayur.
2.  Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan
yang telah ditumbuk halus.
3.  Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika.
4.  Kemudian masukkan nasi dan kacau.
5.  Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang
telah dimayang.
6.  Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan.
7.  Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kak liza suka masak nasi goreng ni sebab baunya wangi..
dan senang..rengkas tapi berkhasiat....


Posted at 05:49 pm by hanieliza
Make a comment  

Mee Bandung Simple

Oleh kerana selalu makan nasi...so bolehlah ditukarkan
masakan mee pula...kak liza suka buat mee ni
sbb cepat jer...tapi sedap..licinnnnnnn

Mee Bandung Simple

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
200 gm daging ayam (dipotong kecil)
300 gm udang
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah 8)
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang,  sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan

Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tomato  ke dalam mangkuk.
Tuangkan kuah panas hingga penuh.
Bubuhkan telur rebus, cili merah, limau kasturi,
daun bawang & bawang goreng.



Posted at 05:46 pm by hanieliza
Comment (1)  

Previous Page Next Page



SEJARAH HIDUP:


NICK: hanieliza...
just call me Kak Liza saja


TARIKH LAHIR:26 Julai 1958..
dah tuwe


TEMPAT LAHIR:Kuala Lumpur...
masa tu belum Bandaraya


HOBBIES: memasak..reka masakan,
reading, music,
surfing tenet, tengok tv,


MARITAL STATUS : Married... dah 24 tahun

CHILDREN : 5..only 1 girl


JOB: CEO Rumahtangga Department


EXTRA INFO!!!!!!!!


SUKA.....tanam bunga..pokok.. menjahit..
bela kucing..ikan..[tenang jer tenguk depa ni]



TAK SUKA.....orang mungkir janji



hidup ini satu UJIAN...sabo ajer...senyum sokmo...
Gembiralah Sentiasa...








Favorite Links:

*iansuryani*


*hantaran*


*mamaboomboom*


*masakan kak liza*
   

<< August 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

















If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed