
Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah
pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh
ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan
oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan
perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai.
Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu
tanaman mereka.
Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga
yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang
berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga
mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.
Antara khasiat pegaga adalah:
menyegarkan badan
merawat pitam
mengurangkan berat badan
awet muda
rawatan lepas bersalin
mengukuh tumpuan ingatan
meningkatkan kecergasan minda
menambahkan kekuatan fizikal
kelancaran suara
berupaya merawat penyakit nyanyuk
mengawal keguguran rambut
kulit licin dan sihat
Khasiat Perubatan tradisinal
Luka/ulser kulit
Minuman tonik bagi menghalang proses penuaan..melambatkan kulit kedut
menyembuhkan ulser perut/usus
menyembuhkan penyakit kusta
melegakan penyakit kelamin
menyembuhkan demam
menyembuhkan eczema (penyakit kulit)
melancarkan peredaran darah
merendahkan tekanan darah
Nilai pegaga
Melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi.
Ada juga jadikan jus pekat, teh herba dan pil atau kapsul.
Di Sri Lanka pegag dijadikan bubur dan diberikan pada kanak2 pra-sekolah u
ntuk menhalang kekurang nutrien.
Zat dalam pegaga
Kalsium
Ferum [zat besi]
Vitamin C
karatenoid [provitamin A]
tokoferol
Masak lemak ciliapi pegaga dan ikan cencaru bakar
3 ekor ikan cencaru [bakar dan buangkan kulitnya]
Bahan kisar:
ciliapi [ikut pedas]
3 ulas bawang kecil
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
3 cawan santan
pegaga [ikut suka banyak mana nak guna- bersihkan dan
potongkan kecil]garam
cara
1. Ikan cencaru dipotong 2.
2. Masukkan bahan kisar, santan, daun pegagadan ikan dalam periuk dan renehkan perlahan2.
3. BIla dah mendideh. tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.
Posted at 11:16 am by hanieliza
Permalink